PENASIHAT JUALAN (PROTON PANTAI BHARU) - KLANG & RAWANG
30 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab mempromosikan, menjual dan menyerahkan kenderaan Proton kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang profesional, memastikan sasaran jualan dicapai serta membina hubungan pelanggan yang berterusan bagi meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
KERANI TADBIR & SOKONGAN SUMBER MANUSIA - PANTAI BHARU HQ KLANG
1 Kekosongan
Penerangan
Memberikan sokongan dalam urusan pentadbiran pejabat dan operasi Sumber Manusia (HR) bagi memastikan pengurusan rekod, dokumentasi, kehadiran, kebajikan kakitangan serta urusan pentadbiran harian dilaksanakan dengan teratur, tepat dan mengikut prosedur syarikat.
PENASIHAT JUALAN (PERODUA) - PANTAI BHARU KLANG
10 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab mempromosikan, menjual dan menyerahkan kenderaan Perodua kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang profesional, mencapai sasaran jualan yang ditetapkan serta membina hubungan pelanggan yang berterusan bagi meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN - PROTON PANTAI BHARU (RAWANG)
2 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik dan profesional kepada pelanggan Proton, termasuk membantu urusan penerimaan pelanggan, pertanyaan, pendaftaran, penyampaian maklumat serta memastikan pengalaman pelanggan berada pada tahap yang memuaskan.
PEMBANTU ALAT GANTI AUTOMOTIF - PROTON PANTAI BHARU (RAWANG)
2 Kekosongan
Penerangan
Memastikan pengurusan, penyimpanan, pengeluaran dan kawalan stok alat ganti automotif dilaksanakan dengan cekap, tepat dan teratur bagi menyokong kelancaran operasi Jabatan Alat Ganti dan Bengkel, serta memastikan alat ganti yang diperlukan sentiasa tersedia mengikut keperluan operasi.
PEMANDU MERANGKAP RUNNER DAN PEKERJA AM - PROTON PANTAI BHARU (RAWANG)
1 Kekosongan
Penerangan
Mempunyai lesen memandu yang sah
Memastikan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan
Memastikan kenderaan sentiasa bersih dan dalam keadaan baik
Menghantar dokumen syarikat
Membantu penghantaran kereta
Mengambil stok barangan atau kenderaan
Menyusun kenderaan di yard
PEMBANTU PEMASARAN DAN JUALAN (DONGFENG) - PANTAI BHARU KLANG
2 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti pemasaran, menjana prospek pelanggan, mempromosikan serta menjual kenderaan Dongfeng bagi mencapai sasaran jualan syarikat, di samping memberikan perkhidmatan pelanggan yang profesional sepanjang proses jualan.
JURUTEKNIK AUTOMOTIF - PERODUA PANTAI BHARU (KLANG)
3 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab dalam menjalankan servis kenderaan terhadap kenderaan pelanggan.
PENASIHAT SERVIS (PERODUA) - PANTAI BHARU KLANG
2 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab menjadi penghubung utama antara pelanggan dan Pusat Servis dengan memberikan khidmat nasihat yang profesional, mengurus penerimaan kenderaan, menyelaras kerja pembaikan serta memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan.
PENGURUS - JABATAN SERVIS (AUTOMOTIF)
1 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelia dan memantau keseluruhan operasi Pusat Servis bagi memastikan sasaran produktiviti, keuntungan, kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan pematuhan kepada standard Proton serta polisi syarikat sentiasa dicapai.
JURUTEKNIK AUTOMOTIF - PROTON PANTAI BHARU (RAWANG)
5 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab dalam menjalankan servis kenderaan terhadap kenderaan pelanggan
KRU KAFE PANTAI BITES - PROTON PANTAI BHARU (RAWANG)
2 Kekosongan
Penerangan
Bertanggungjawab membantu dalam penyediaan, pengendalian dan pengurusan makanan mengikut standard kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh syarikat. Memastikan setiap hidangan disediakan dengan kemas, berkualiti dan mengikut resipi serta prosedur operasi yang ditetapkan.
Ditubuhkan pada tahun 1978, dengan perniagaan di pelbagai industri termasuk automotif, pembangunan harta tanah, perladangan dan banyak lagi. Kami berkembang menjadi lebih baik untuk memenuhi keperluan harian pengguna. Bersama-sama kita berkembang dan menangani cabaran yang dihadapi dalam beberapa dekad yang akan datang. Sertailah kami Sekarang!